Tuesday, May 19, 2009

Tawaran Istimewa Buat Warga EX Mppp

Kepada Warga Ex-MPPP yang berminat menyertai Group Kami pohon buat Blog untuk sesi Masing-masing. Syabas dan tahniah kepada abang Mang S kerana mengendalikan blog sesi 88/90 , buat Ujang SESI 89/91, Buat aku sendiri 90/92, Buat Ramzi 91/93 dan Buat Ronief 1993/1995 , sesiapa yang kaum kerabatnya belum ada blog sendiri pohon buat blog , kami akan menaja blog anda. Terima kasih

Tuesday, May 5, 2009

Kaum Kerabat di Manir Terengganu


Sewaktu lawatan tidak rasmi ke SK Pulau Bahagia Manir Terengganu, bertemulah dengan dua orang kkaum kerabat kita, tanpa melepaskan peluang aku bergambar. Dari Kiri Cikgu Azimah, Aku (sabri) dan cik gu sabri.Dua kebetulan aku di tengah sama baju biru dengan Azimah dan di kanan aku sama nama dengan aku sabri.

Tuesday, April 21, 2009

Mr Chen PKG Kelawai



Sewaktu berkursus di Penang aku bertemu dengan Cheng, senior aku, sebagai orang "peramah" aku terus tegur lah , aku teringat juga dia bekas MPPP. Kami jadi terus mesra. Banyak juga cerita kawan-kawan lama yang dapat dari beliau. Salah seorang nya Anuar rakan serumah sewa "selayang Baru". Anuar dah jadi lecture di Ins Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.

Monday, April 20, 2009

blog baru

assalamualaikum,,,kawan2,,, saya baru menyiapkan sebuah blog utk rakan2 mppkt sesi julai 93/95...tapi baru di peringkat basic blog je...belum ada apa2 eksesori...alamatnya http://rakanmpppktsesijulai9395.blogspot.com saya akan cuba update dari masa ke semasa...alhamdulillah 23 hb 4 ni saya akan mula bertugas di Institut Pendidikan Guru Kampus Kuala Terengganu Batu Rakit...moga saya akan berjumpa semula rakan2 mppkt yang bertugas di sekitar Terengganu....Insyaallah...

Tuesday, March 31, 2009

E Mail dari En Solomon

11.04pm Isnin 30hb Mac,2009
Rakan se-MPPP sekalian,
Saya kini bertugas sebagai guru PJK, Seni dan Sivik di SMK St Paul sejak 1-1-2004. Malam ini secara kebetulan saya letak nama saya dalam ruang search dan blog MPPP tersenarai di ayat pertama. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha berkuasa, yang memberi saya peluang untuk berhubung semula dengan rakan lama dari MPPP.
Saya masih tulis berita sukan, pendidikan dan komuniti untukThe Star sejak 1999. Saya menamatkan Ijazah BI, Penulisan dan Kewartawanan di UPM pada Mac 1998 dan membuat praktikal di Bernama KL selama 8 minggu di mana berita saya disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dari 9 Mac hingga 2 Mei.
Selepas posting ke SMK Lui Barat di Jempol pada 16-05-98 (Hari Guru), saya menunggu pertukaran ke SMJK Chan Wa di Seremban dan mula tulis untuk NST pada April Fool's day (1-4-2002). Sejak hari itu, lebih 660 berita & 1200 foto telah diterbitkan di NST, Malay Mail, Star-Metro/Education/Sports, Kosmo, akhbar Malaysian Today, Majalah MSN iaitu NFC magazine, Sin Chew Jit Poh, Oriental Daily dan the Sun.
Yang terkini ialah dua berita terjun MSSM di Shah Alam dan bola jaring MSSM di Ayer Keroh Melaka di bawah nama Solomon Samuel, Simon Solomon dan S.Solomon Samuel pada cuti semester minggu lalu di Star. Saya beragama Kristian dan masih bujang lagi sebab terlalu sibuk sebagai pengerusi olahraga Daerah Seremban Utara, wartawan dan guru kelas-pengawas-olahraga sekolah saya. Adakah rakan sekelas saya Zalina Zainal Abidin masih mengajar di KT?
Saya harap saya dapat jumpa kamu semua di Batu Buruk pada bulan Disember ini.
Bye.

Simon Sathiyakumar Solomon Samuel
(012-6337116/ 06-7625524)

Monday, March 30, 2009

Salam dari Ahmad Faris


Salam buat semua....

hampir 19 tahun terputus hubungan dari semua teman.... apa khabar agaknya? 19 tahun, satu jangkamasa yang amat panjang, ada yang sudah kembali bertemu dengan Sang Pencipta, ada yang masih sibuk mencari sesuatu yang tidak pasti dan ada yang tidak berubah masih seperti dulu........ apa pun yang namanya manusia.. hidup harus di teruskan....

aku harap keluarga besar MPPP terutamanya sesi 88/90 , kelas PI A & B masih ingat kat aku walau pun dah lama hilang di bawa deru kereta...........

waktu ni, aku balik bercuti dan cuti aku tinggal 15 hari saja lagi sebelum aku balik bertugas semula.....semalam saudara Saidatul Osman ada hantar sms bagi tau bahawa ada blog utk bekas pelatih M3P.... so pagi ni aku bukak webside yang di maksudkan.... than here i am.....

Skit cerita pasal aku, aku dah lama 'pencen' tahun 1995 lagi, sempat ngajar selama 4 tahun 6 bulan sebelum mengambil opsyen 'bersara awal'........ hehehehe boleh dialog tu?
lepas tu, aku terlibat dalam bidang latihan ' training' kata omputeh... dan masih di line yang sama sampai la hari ini. Bak kata pensyarah pengakap, encik Mat Noor sekali berpengakap, sampai bila jadi pengakap..... di tukar oleh Sabri PMS E 88/90 sekali berpengakap sampai bila-bila terperangkap!!! Motto utk yang terpilih ke Pestarama unit beruniform di teluk batik... aku ingat sampai hari ni.

Sekali jadi cikgu, sampai bila jadi cikgu, cuma nya sekarang ni ngajar bukan budak la... mak budak ada, bapak budak ada, tok budak pun ada....

oklah, bagi kawan-kawan lama yang ingin menghubungi aku, di bawah ni caranya....

email : training_bozz@yahoo.com
cellphone : +27724144412
no ni utk sms jer, call tak layan (jauh & mahal) kecuali aku kat Malaysia : +60122033466

dan bagi yg dah lupa aku ni siapa, ni gambar aku. ehem!

Salam dari Johannesburg. South Africa. - Ahmad Faris Hj Isa

Sunday, March 29, 2009

E Mail dari Saidatul Osman

Assalamualaikum...

Selamat bertemu.

Saya, Saidatol Osman bin Mohd Nor, Pelatih sesi 88-90, Kelas E, sila rujuk semula kat senarai nama. Untuk pengetahuan, saya telah berusaha untuk mengumpulkan semula pelatih-pelatih sesi 88-90, selamat dua tahun, alhm..llh, kami telah membuat satu pertemuan di SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada Mei 2008, dan satu pertemuan lagi di Pasir Puteh. Dapat juga mengumpul lebih kurang 16 bekas pelatih kelas E 88-90.

Besar kemungkinan, pada penghujung tahun ini akan diadakan lagi pertemuan di Batu Buruk seperti yang dirancangkan.

Untuk sedikit maklumat, sila buka email : id: bekasmppp@yahoo pswd: ******XX
Mungkin di situ terdapat sedikit maklumat. Juga saya sedang mengusahakan blog, untuk menjejak pelatih MPPP. Baru sangat lagi. Hari ini baru buat.

Untuk pengetahuan, pada tahun lepas seorang pelatih dari unit E 88-90, telah meninggal dunia akibat sakit. Cikgu Zakaria Mohamed, dari Selising.

Waktu cuti saya berada di Jerteh (orang rumah dari Jerteh), ada masa saya mencari juga member lama; jumpa Tengku Jailani (Bukit Kenak) dan Suhaimi (Melor). Juga dapat menghubungi Faris yang kini telah berhenti menjadi guru.

Osman: 013-2392319

Tuesday, March 24, 2009

Cikgu Alias - Penulis Yang Berjaya



Cikgu Alias Ismail - Pelatih MPPP 1988/1990 sekarang menetap di kuala berang dan mengajar di SMK Jerangau,merupakan seorang penulis yang terkenal di Terengganu. mengikut ceritanya dia sudah menghasilkan lima novel secara personal dan beberapa terbitan lain secara berkumpulan. Gambar-gambar ini di ambil sempena Pesta Buku Terengganu 23 Mac hingga 29 Mac 2009.


Lima buah Novel Karya Cikgu Alias Ismail

Kaum Kerabat Kita



Lupa la pulak nama cikgu dua orang ni !!! Masa ambil gambar tu dah ingat.

Tuesday, March 10, 2009

Wan Za

Cikgu Faizal


Cikgu Faizal sesi 1993/1995 - SK Banggol Peradong

Sahabat Kite - Cikgu Rosli


Cikgu Rosli - Sesi 1994/1996 _ SK Pulau Redang / Kuala Terengganu

Sahabat Kite - Cikgu Nordin


Cikgu Nordin sesi 1988/1990 sekarang mengajar di SK Banggol Peradong Sebagai Guru Pra Sekolah

Thursday, February 19, 2009

Kembali Menjadi Pelatih Maktab.

Lama sudah tidakku titipkan sebarang bicara dalam ruangan ini. Sejak bermulanya sesi persekolahan 2009, aku rasa semua yang bergelar guru..tidak menang tangan dibuatnya. Tambahan pula sebagai guru Tahun 1. Banyak perkara yang perlu diuruskan.

Salah satu sebab utama, aku terpanggil untuk menulis sesuatu buat tatapan ex-pelatih MPPP adalah kerana mulai Isnin ini, 23 Februari 2009, aku akan kembali menjadi pelatih maktab di Maktab Perguruan Tengku Bainun, Bukit Mertajam.

Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran ini. Mampukah aku???? Pasti banyak masalah nanti...Zaman di maktab dulu, usia muda lagi, solo pulak tu..tapi sekarang usia dah 30+++, ditambah pula memikul tanggungjawab pada keluarga.

Pasti ramai super senior, senior dan rakan seangkatanku sesi 2003 dulu, dah pun gradute....tapi kita je yang baru merangkak-rangkak nak ikut jejak kau orang. Nyesal pulak tak sambung study awal-awal dulu!!!

Thursday, January 22, 2009

MEREKA YANG TELAH PERGI..

Di ruangan ini, ingin sekali wan mengambil kesempatan untuk mengajak teman-teman semaktab mengenangkan kembali rakan-rakan seangkatan kita yang telah pergi menemui Ilahi. Walaupun mereka telah lama pergi, usah dilupa memanjatkan doa untuk mereka kerana kita pernah menjadi satu keluarga di maktab suatu masa dahulu. Dalam pengetahuan saya, senarai teman seangkatan sesi 93/95 yang telah pergi...

1. Noraini bt Amin Khan- 1997 (Unit C- sakit misteri)
2. Syed Asif - *maklumat dari Ronif* (Unit Muzik)
3. Ibrahim -*maklumat dari Ronif* (Unit D-kemalangan)

Al-Fatihah

mencari rakan-rakan batch Julai 93/95.

m3p sudah tinggal kenangan....pengetua terakhir kita pun sudah menjadi kenangan terindah kita....moga kita dpt dipertemukan dengan kenangan2 lalu di persada maya ini. nantikan blog utk mpppkt julai 93/95. insyaallah. sekarang dlm proses.

Wednesday, January 21, 2009

Setelah 17 Tahun

Pelangi senja yang sempat dirakam di pantai Penarik.
Salam untuk semua rakan2, senior, super senior, super2 senior and junior...
Sudah menjadi ketentuan bahawa hasil MPPP telah tersebar berkhidmat di serata Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Selamat bertugas walau di mana berada.


Memang tidak disangka akan ketemu kembali dengan rakan seperjuangan setelah sekian lama terpisah membawa haluan memasing. Namun atas kesedaran dan semangat saudara Sabri telah berjaya menemukan kami pelatih sesi 90/92 bersaksikan pantai Penarik yang sungguh indah.


Harapan tinggi di hati semoga adalah sesi2 lain mampu bertemu kembali, mengembalikan nostalgia di Terengganu yang pernah kalian singgah seketika, atau mungkin masih bermastautin di sana hingga kini. Semoga silaturrahim dapat dijalin kembali.

Tuesday, January 20, 2009

Re Union SESI 1990/1992


En Azlan Aseh bekas YDP Persatuan Guru Pelatih Maktab Perguruan Pasir Panjang Sesi91/92 menyampaikan sedikit sumbangan untuk PIBG SESTER

Bekas-bekas pelatih bergambar kenangan bersama Pengetua SESTER Tuan Haji Zakaria Awang


Pada 26 dan 27 Disember 2008 Seramai 30 bekas pelatih sesi 1990/92 serta keluarga masing-masing dari seluruh Semenanjung Malaysia telah mengadakan re Union kali pertama selepas 16 tahun berpisah. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Malam Muhibbah, perlantikan jawatankuasa Alumni dan lawatan ke Sekolah Menengah Sains Terengganu ( SESTER ). Walaupun dalam masa agak singkat pertemun ini amat bermakna bagi kami bila dapat bertemu kembali di tempat yang penuh nostagik dan memberi erti dalam kehidupan kami. Untuk melihat gambar-gambar re union sila klik rakanmppp.blogspot.com

Saturday, January 17, 2009

Ke mana hilangnya bekas guru pelatih MPPP 93/95?



Salam buat pengunjung blog ini.
Pelbagai usaha telah dibuat untuk mengumpulkan guru-guru pelatih sesi Julai 93/95. Sehinggalah saya menjumpai blog ini. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada Cikgu Sabri yang banyak membantu saya sehinggalah saya dapat menembusi laman ini.
Semoga usaha ini membuahkan hasil. Insyaallah! Layarilah ke laman web di bawah untuk informasi lanjut.
http://www.m3p9395kt.blogspot.com/
http://wanteh.blogspot.com/

Thursday, November 13, 2008

TERKULAI SEBUAH IMPIAN

Hadirku bersama segenggam harapan
Untukku taburkan di bumi ini
Dengan baja yang menyubur
Agar disuatu masa kelak
Sebuah keharmonian melambai mesra
Di setiiap sudut kamar hati
Setelah ku jelajah bumi ini
Rupanya segenggam harapan yang tersemat
Hancur luluh dek peluru berbisa
Lalu menerjah sebuah kehampaan
Melingkari kotak fikirku
Lantas bunga-bunga ketidakpercayaan
Memenuhi ruang rasa
Sayu dan derita hati ini
Cuma, setitis air mata
Yang terdaya ku hadiahkan
Di sebalik kehampaan ini

ROSEDIAN K
KAY TEE

MAAFKAN

Maafkan
di bawah sedar aku menjadi pemungkir
mencantas ikat-ikat janji
harga diri menitis
segunung kasih menjadi sedih
sekiranya kesempatan datang berulang
izinkan aku hulurkan lagi
bebenang sutera kasih
mengikat persaudaraan ini
dengan restu Ilahi

Aku tahu
dirimu terlalu lembut dan pemaaf
empanglah duka di bibir mata
lalu aku terus melangkah
dengan sakti kasihmu yang ranum

Maafkan……………
Sahabatku.
AIMA 'S'

BIARLAH SEMALAM BERLALU

Semalam hadirmu
Bawa seribu kenangan
Bawa seribu persoalan
Bawa seribu kepalsuan
Memain bibir hati
Ahhh pesetankan itu semua
Semalam sudah lama berakhir
Semakin berlalu

Esok menanti malap cahaya
Kenapakah tidak berdaya lagi
Membuahkan kejayaan
Serta sinar harapan
Yang memberikan kebahagiaan
Dari senyuman manismu
Sudah ku mengetahui

Demi nekad
Semalam ku biarkan berlalu
Usah kau hampiri lagi wahai bayangan

Esok ku nanti dengan ketabahan
Menyambut kau kejayaan idaman

INGIN KU

Biarkan semalam berlalu pergi
Bakal ku lalui hari-hari keesokanya


ANNIE A.B
SEMESTER DUA
MPPPKT.

Monday, November 10, 2008

Lagu Anak di Hujung Tanjung

Meniti batas-batas pasir
menghayun kaki di gigi air
pakaian comot tak pernah bersalin

Anak ini menanti kepulangan ayah
sudah lima hari tanpa berita

Nun jauh di sana laut yang garang
menghempas memukul tanpa batasan
laut tengkijuh tiada mengenal kemanusiaan

Mentari sudah masuk ke peraduan
namun anak ini masih belum mahu pulang
tabah menanti kepulangan ayahnya
walau hatinya sudah mengheretnya pulang

Di rumah ibu menyusuri adik
beras dalam tempayan sudah kehabisan

Anak ini berdoa dihati
Tuhan selamatkan ayah yang dikasihi
dari dibaham laut yang ganas ini

MOHD FAOZI MD NOR
PMS 1G

Sunday, November 9, 2008

SEBUAH NOTA

Teman......
langkahmu longlai
bagaikan satu ingatan
berat kami yang menonton
hari-harimu yang berlalu.

Teman .......
sebuah kasihmu menjalar
disetiap perjalanan daerahku
bila pandangan mataku
jatuh ke riba matamu
lalu aku menjadi sayu.

Teman...
bila titik-titik kesedihan
membayangi wajah ayumu
menjadi wajahmu layu
bersama kesedihan semalam.

Teman........
terkadang aku terfikir
bila aku kesampaian cita mu
akan erat bersama-sama
dalam gemgaman rasamu

Teman.........
biarlah hari berlalu
dan bawalah hatimu
ke puncak kesabaran
sambil merintis jejambat kemenangan
erat di sanubari hatimu

AIMA 'S"