Sunday, March 29, 2009

E Mail dari Saidatul Osman

Assalamualaikum...

Selamat bertemu.

Saya, Saidatol Osman bin Mohd Nor, Pelatih sesi 88-90, Kelas E, sila rujuk semula kat senarai nama. Untuk pengetahuan, saya telah berusaha untuk mengumpulkan semula pelatih-pelatih sesi 88-90, selamat dua tahun, alhm..llh, kami telah membuat satu pertemuan di SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada Mei 2008, dan satu pertemuan lagi di Pasir Puteh. Dapat juga mengumpul lebih kurang 16 bekas pelatih kelas E 88-90.

Besar kemungkinan, pada penghujung tahun ini akan diadakan lagi pertemuan di Batu Buruk seperti yang dirancangkan.

Untuk sedikit maklumat, sila buka email : id: bekasmppp@yahoo pswd: ******XX
Mungkin di situ terdapat sedikit maklumat. Juga saya sedang mengusahakan blog, untuk menjejak pelatih MPPP. Baru sangat lagi. Hari ini baru buat.

Untuk pengetahuan, pada tahun lepas seorang pelatih dari unit E 88-90, telah meninggal dunia akibat sakit. Cikgu Zakaria Mohamed, dari Selising.

Waktu cuti saya berada di Jerteh (orang rumah dari Jerteh), ada masa saya mencari juga member lama; jumpa Tengku Jailani (Bukit Kenak) dan Suhaimi (Melor). Juga dapat menghubungi Faris yang kini telah berhenti menjadi guru.

Osman: 013-2392319

No comments:

Post a Comment