Tuesday, March 31, 2009

E Mail dari En Solomon

11.04pm Isnin 30hb Mac,2009
Rakan se-MPPP sekalian,
Saya kini bertugas sebagai guru PJK, Seni dan Sivik di SMK St Paul sejak 1-1-2004. Malam ini secara kebetulan saya letak nama saya dalam ruang search dan blog MPPP tersenarai di ayat pertama. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha berkuasa, yang memberi saya peluang untuk berhubung semula dengan rakan lama dari MPPP.
Saya masih tulis berita sukan, pendidikan dan komuniti untukThe Star sejak 1999. Saya menamatkan Ijazah BI, Penulisan dan Kewartawanan di UPM pada Mac 1998 dan membuat praktikal di Bernama KL selama 8 minggu di mana berita saya disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dari 9 Mac hingga 2 Mei.
Selepas posting ke SMK Lui Barat di Jempol pada 16-05-98 (Hari Guru), saya menunggu pertukaran ke SMJK Chan Wa di Seremban dan mula tulis untuk NST pada April Fool's day (1-4-2002). Sejak hari itu, lebih 660 berita & 1200 foto telah diterbitkan di NST, Malay Mail, Star-Metro/Education/Sports, Kosmo, akhbar Malaysian Today, Majalah MSN iaitu NFC magazine, Sin Chew Jit Poh, Oriental Daily dan the Sun.
Yang terkini ialah dua berita terjun MSSM di Shah Alam dan bola jaring MSSM di Ayer Keroh Melaka di bawah nama Solomon Samuel, Simon Solomon dan S.Solomon Samuel pada cuti semester minggu lalu di Star. Saya beragama Kristian dan masih bujang lagi sebab terlalu sibuk sebagai pengerusi olahraga Daerah Seremban Utara, wartawan dan guru kelas-pengawas-olahraga sekolah saya. Adakah rakan sekelas saya Zalina Zainal Abidin masih mengajar di KT?
Saya harap saya dapat jumpa kamu semua di Batu Buruk pada bulan Disember ini.
Bye.

Simon Sathiyakumar Solomon Samuel
(012-6337116/ 06-7625524)

1 comment:

  1. Hai there..zalina here.still in Kt.nice to know u still remember me.

    ReplyDelete