Thursday, February 19, 2009

Kembali Menjadi Pelatih Maktab.

Lama sudah tidakku titipkan sebarang bicara dalam ruangan ini. Sejak bermulanya sesi persekolahan 2009, aku rasa semua yang bergelar guru..tidak menang tangan dibuatnya. Tambahan pula sebagai guru Tahun 1. Banyak perkara yang perlu diuruskan.

Salah satu sebab utama, aku terpanggil untuk menulis sesuatu buat tatapan ex-pelatih MPPP adalah kerana mulai Isnin ini, 23 Februari 2009, aku akan kembali menjadi pelatih maktab di Maktab Perguruan Tengku Bainun, Bukit Mertajam.

Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran ini. Mampukah aku???? Pasti banyak masalah nanti...Zaman di maktab dulu, usia muda lagi, solo pulak tu..tapi sekarang usia dah 30+++, ditambah pula memikul tanggungjawab pada keluarga.

Pasti ramai super senior, senior dan rakan seangkatanku sesi 2003 dulu, dah pun gradute....tapi kita je yang baru merangkak-rangkak nak ikut jejak kau orang. Nyesal pulak tak sambung study awal-awal dulu!!!