Monday, March 30, 2009

Salam dari Ahmad Faris


Salam buat semua....

hampir 19 tahun terputus hubungan dari semua teman.... apa khabar agaknya? 19 tahun, satu jangkamasa yang amat panjang, ada yang sudah kembali bertemu dengan Sang Pencipta, ada yang masih sibuk mencari sesuatu yang tidak pasti dan ada yang tidak berubah masih seperti dulu........ apa pun yang namanya manusia.. hidup harus di teruskan....

aku harap keluarga besar MPPP terutamanya sesi 88/90 , kelas PI A & B masih ingat kat aku walau pun dah lama hilang di bawa deru kereta...........

waktu ni, aku balik bercuti dan cuti aku tinggal 15 hari saja lagi sebelum aku balik bertugas semula.....semalam saudara Saidatul Osman ada hantar sms bagi tau bahawa ada blog utk bekas pelatih M3P.... so pagi ni aku bukak webside yang di maksudkan.... than here i am.....

Skit cerita pasal aku, aku dah lama 'pencen' tahun 1995 lagi, sempat ngajar selama 4 tahun 6 bulan sebelum mengambil opsyen 'bersara awal'........ hehehehe boleh dialog tu?
lepas tu, aku terlibat dalam bidang latihan ' training' kata omputeh... dan masih di line yang sama sampai la hari ini. Bak kata pensyarah pengakap, encik Mat Noor sekali berpengakap, sampai bila jadi pengakap..... di tukar oleh Sabri PMS E 88/90 sekali berpengakap sampai bila-bila terperangkap!!! Motto utk yang terpilih ke Pestarama unit beruniform di teluk batik... aku ingat sampai hari ni.

Sekali jadi cikgu, sampai bila jadi cikgu, cuma nya sekarang ni ngajar bukan budak la... mak budak ada, bapak budak ada, tok budak pun ada....

oklah, bagi kawan-kawan lama yang ingin menghubungi aku, di bawah ni caranya....

email : training_bozz@yahoo.com
cellphone : +27724144412
no ni utk sms jer, call tak layan (jauh & mahal) kecuali aku kat Malaysia : +60122033466

dan bagi yg dah lupa aku ni siapa, ni gambar aku. ehem!

Salam dari Johannesburg. South Africa. - Ahmad Faris Hj Isa

1 comment:

  1. Assalamualaikum...

    aku nak ucap TQ pada tuan tanah yang bagi aku tumpang kat sini, cikgu Sabri & group... terima kasih sekali lagi karena sudi post email aku kat sini... pada semua belas warga MPPP tak kira sesi bila pun.. semoga siraltulrahim ini akan kekal berpanjangan, insyaAllah.

    ReplyDelete