Monday, November 10, 2008

Lagu Anak di Hujung Tanjung

Meniti batas-batas pasir
menghayun kaki di gigi air
pakaian comot tak pernah bersalin

Anak ini menanti kepulangan ayah
sudah lima hari tanpa berita

Nun jauh di sana laut yang garang
menghempas memukul tanpa batasan
laut tengkijuh tiada mengenal kemanusiaan

Mentari sudah masuk ke peraduan
namun anak ini masih belum mahu pulang
tabah menanti kepulangan ayahnya
walau hatinya sudah mengheretnya pulang

Di rumah ibu menyusuri adik
beras dalam tempayan sudah kehabisan

Anak ini berdoa dihati
Tuhan selamatkan ayah yang dikasihi
dari dibaham laut yang ganas ini

MOHD FAOZI MD NOR
PMS 1G

No comments:

Post a Comment