Tuesday, March 31, 2009

E Mail dari En Solomon

11.04pm Isnin 30hb Mac,2009
Rakan se-MPPP sekalian,
Saya kini bertugas sebagai guru PJK, Seni dan Sivik di SMK St Paul sejak 1-1-2004. Malam ini secara kebetulan saya letak nama saya dalam ruang search dan blog MPPP tersenarai di ayat pertama. Terima kasih kepada Tuhan yang Maha berkuasa, yang memberi saya peluang untuk berhubung semula dengan rakan lama dari MPPP.
Saya masih tulis berita sukan, pendidikan dan komuniti untukThe Star sejak 1999. Saya menamatkan Ijazah BI, Penulisan dan Kewartawanan di UPM pada Mac 1998 dan membuat praktikal di Bernama KL selama 8 minggu di mana berita saya disiarkan di semua akhbar utama di Malaysia dari 9 Mac hingga 2 Mei.
Selepas posting ke SMK Lui Barat di Jempol pada 16-05-98 (Hari Guru), saya menunggu pertukaran ke SMJK Chan Wa di Seremban dan mula tulis untuk NST pada April Fool's day (1-4-2002). Sejak hari itu, lebih 660 berita & 1200 foto telah diterbitkan di NST, Malay Mail, Star-Metro/Education/Sports, Kosmo, akhbar Malaysian Today, Majalah MSN iaitu NFC magazine, Sin Chew Jit Poh, Oriental Daily dan the Sun.
Yang terkini ialah dua berita terjun MSSM di Shah Alam dan bola jaring MSSM di Ayer Keroh Melaka di bawah nama Solomon Samuel, Simon Solomon dan S.Solomon Samuel pada cuti semester minggu lalu di Star. Saya beragama Kristian dan masih bujang lagi sebab terlalu sibuk sebagai pengerusi olahraga Daerah Seremban Utara, wartawan dan guru kelas-pengawas-olahraga sekolah saya. Adakah rakan sekelas saya Zalina Zainal Abidin masih mengajar di KT?
Saya harap saya dapat jumpa kamu semua di Batu Buruk pada bulan Disember ini.
Bye.

Simon Sathiyakumar Solomon Samuel
(012-6337116/ 06-7625524)

Monday, March 30, 2009

Salam dari Ahmad Faris


Salam buat semua....

hampir 19 tahun terputus hubungan dari semua teman.... apa khabar agaknya? 19 tahun, satu jangkamasa yang amat panjang, ada yang sudah kembali bertemu dengan Sang Pencipta, ada yang masih sibuk mencari sesuatu yang tidak pasti dan ada yang tidak berubah masih seperti dulu........ apa pun yang namanya manusia.. hidup harus di teruskan....

aku harap keluarga besar MPPP terutamanya sesi 88/90 , kelas PI A & B masih ingat kat aku walau pun dah lama hilang di bawa deru kereta...........

waktu ni, aku balik bercuti dan cuti aku tinggal 15 hari saja lagi sebelum aku balik bertugas semula.....semalam saudara Saidatul Osman ada hantar sms bagi tau bahawa ada blog utk bekas pelatih M3P.... so pagi ni aku bukak webside yang di maksudkan.... than here i am.....

Skit cerita pasal aku, aku dah lama 'pencen' tahun 1995 lagi, sempat ngajar selama 4 tahun 6 bulan sebelum mengambil opsyen 'bersara awal'........ hehehehe boleh dialog tu?
lepas tu, aku terlibat dalam bidang latihan ' training' kata omputeh... dan masih di line yang sama sampai la hari ini. Bak kata pensyarah pengakap, encik Mat Noor sekali berpengakap, sampai bila jadi pengakap..... di tukar oleh Sabri PMS E 88/90 sekali berpengakap sampai bila-bila terperangkap!!! Motto utk yang terpilih ke Pestarama unit beruniform di teluk batik... aku ingat sampai hari ni.

Sekali jadi cikgu, sampai bila jadi cikgu, cuma nya sekarang ni ngajar bukan budak la... mak budak ada, bapak budak ada, tok budak pun ada....

oklah, bagi kawan-kawan lama yang ingin menghubungi aku, di bawah ni caranya....

email : training_bozz@yahoo.com
cellphone : +27724144412
no ni utk sms jer, call tak layan (jauh & mahal) kecuali aku kat Malaysia : +60122033466

dan bagi yg dah lupa aku ni siapa, ni gambar aku. ehem!

Salam dari Johannesburg. South Africa. - Ahmad Faris Hj Isa

Sunday, March 29, 2009

E Mail dari Saidatul Osman

Assalamualaikum...

Selamat bertemu.

Saya, Saidatol Osman bin Mohd Nor, Pelatih sesi 88-90, Kelas E, sila rujuk semula kat senarai nama. Untuk pengetahuan, saya telah berusaha untuk mengumpulkan semula pelatih-pelatih sesi 88-90, selamat dua tahun, alhm..llh, kami telah membuat satu pertemuan di SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada Mei 2008, dan satu pertemuan lagi di Pasir Puteh. Dapat juga mengumpul lebih kurang 16 bekas pelatih kelas E 88-90.

Besar kemungkinan, pada penghujung tahun ini akan diadakan lagi pertemuan di Batu Buruk seperti yang dirancangkan.

Untuk sedikit maklumat, sila buka email : id: bekasmppp@yahoo pswd: ******XX
Mungkin di situ terdapat sedikit maklumat. Juga saya sedang mengusahakan blog, untuk menjejak pelatih MPPP. Baru sangat lagi. Hari ini baru buat.

Untuk pengetahuan, pada tahun lepas seorang pelatih dari unit E 88-90, telah meninggal dunia akibat sakit. Cikgu Zakaria Mohamed, dari Selising.

Waktu cuti saya berada di Jerteh (orang rumah dari Jerteh), ada masa saya mencari juga member lama; jumpa Tengku Jailani (Bukit Kenak) dan Suhaimi (Melor). Juga dapat menghubungi Faris yang kini telah berhenti menjadi guru.

Osman: 013-2392319

Tuesday, March 24, 2009

Cikgu Alias - Penulis Yang Berjaya



Cikgu Alias Ismail - Pelatih MPPP 1988/1990 sekarang menetap di kuala berang dan mengajar di SMK Jerangau,merupakan seorang penulis yang terkenal di Terengganu. mengikut ceritanya dia sudah menghasilkan lima novel secara personal dan beberapa terbitan lain secara berkumpulan. Gambar-gambar ini di ambil sempena Pesta Buku Terengganu 23 Mac hingga 29 Mac 2009.


Lima buah Novel Karya Cikgu Alias Ismail

Kaum Kerabat Kita



Lupa la pulak nama cikgu dua orang ni !!! Masa ambil gambar tu dah ingat.

Tuesday, March 10, 2009

Wan Za

Cikgu Faizal


Cikgu Faizal sesi 1993/1995 - SK Banggol Peradong

Sahabat Kite - Cikgu Rosli


Cikgu Rosli - Sesi 1994/1996 _ SK Pulau Redang / Kuala Terengganu

Sahabat Kite - Cikgu Nordin


Cikgu Nordin sesi 1988/1990 sekarang mengajar di SK Banggol Peradong Sebagai Guru Pra Sekolah